Selamat Datang


AgroPro Intergrated (MA 0233132-D) adalah sebuah syarikat milik  penuh bumiputera yang telah memilih produk agrobes sebagai menyokong galakan bumi hijau.  

Antara produknya adalah Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok  Gantung (KGLD01 dan KGHD02). Produk seterusnya adalah Kawat GI Bunga Matahari (KGBM03) yang merupakan satu inovasi baru untuk menggantung pokok kaki angin. Produk perkhidmatan ikhtisas Khidmat Moderator /Negotiator ~ MyInfo4U (Mi4U04) dengan bertindak sebagai 'Moderator/  Negotiator' mewakili pemilik tanah pertanian yang ingin dijual. Produk MyAnjung Ilmu (MAi05) pula berbentuk ilmiah iaitu jualan buku pilihan bidang pertanian yang ditulis oleh pakar bidang tersebut. Produk Madu Kelulut Trigona Kzehra (TGNA06ialah produk berasaskan madu lebah kelulut berkhasiat untuk tubuh badan manusia. AgroPro Intergrated juga membekalkan Daun Sirih Melayu (DNSM08) yang boleh diketahui khasiatnya diblog ini. Semoga semua produk dalam blog agrobes AgroPro Intergrated ini dapat memenuhi keperluan anda! Insya Allah, Tn/Pn/Sdra/Sdri boleh merujuk katalog produk di link Profil Kami atau pada link Katalog Produk di blog ini.     

"Saya amat yakin jika kita mampu mengembleng tenaga bersama mereka yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi, lalu boleh mempercepatkan perkembangan perniagaan di masa depan. Saya juga ingin mengambil peluang mengaplikasikan ilmu sedia ada untuk mencapai ekspektasi pelanggan serta mengeluarkan produk dan khidmat berkualiti setanding dengan pengusaha yang lain."

Semoga berkat Doa. Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal (DUIT) kepada Allah S.W.T serta sokongan padu semua  pihak berkepentingan akan dapat membantu saya menjana pendapatan untuk diri saya, keluarga, komuniti, dan negara yang tercinta ini!.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.  

Terima kasih.

Adibah,
Pengarah Urusan,
AgroPro Intergrated.


No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...